Skor A+ Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Blog ini dibina dengan harapan agar ilmu yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua dan diamalkan.Skor A+ Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah mudah untuk difahami dan mudah untuk dipraktikan. Oleh itu Skor A+ Bahasa Melayu UPSR sememangnya mudah. Selamat Membaca.
Sabtu, 29 Oktober 2011
Falsafah Pendidikan Negara
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:
• mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
• bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
• membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
• menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
• menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
• memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
• menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
• menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
• menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
• memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
• menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan